31 July 2012

Usahawan vs Nelayan (The Entrepreneur and the Fisherman)


Post kali ini saya nak share salah satu cerita favorite saya berkenaan orang yang berjaya ni. Cerita dia lebih kurang macam ni..


Pada satu hari, ada seorang usahawan berjaya dari bandar datang untuk bercuti ke sebuah kampung di pedalaman. Sampai di sana, dia singgah beli seekor ikan yang agak jarang ditemui dari seorang nelayan di situ. Setelah dimasak, ikan itu padanya tersangat sedap. Tak pernah dia rasa ikan sesedap itu sebelum ini.

Keesokkan harinya, dia pergi untuk beli ikan yang sama. Tapi nelayan itu telah pun menjual semua hasil tangkapannya. Usahawan itu dapat tahu, nelayan itu ada lubuk ikan rahsia di mana dia pergi memancing setiap hari. Walaupun ikan yang ditangkap itu kualitinya baik, tapi dia hanya dapat tangkap beberapa ekor sahaja dalam sehari. Usahawan bertanya, kenapa tak ambil masa lebih lama untuk pancing ikan?

Kata nelayan: Tuan, saya jarang bangun tidur awal. Bila bangun, saya habiskan masa bermain dengan anak-anak saya. Saya habiskan masa beberapa jam saja waktu petang untuk memancing. Lepas tu, pergi bersiar-siar sebelum makan malam dengan keluarga. Kemudian, lewat malam sikit, saya ke kedai kopi menyanyi dan bersantai dengan kawan-kawan. Tuan nampak kan, hidup saya sempurna dan bahagia.

Balas usahawan: Awak patut tangkap lagi banyak ikan. Ikan yang awak tangkap ni bagus-bagus. Kalau awak buat macam tu, masa depan awak akan lebih cerah. Saya usahawan besar di bandar. Saya boleh bantu. Nak masa depan yang cerah, awak kena bangun awal pagi. Habiskan masa sepenuhnya memancing. Macam tu baru boleh dapat ikan yang banyak. Bila dah banyak duit, boleh beli bot yang lagi besar. Beberapa tahun lagi, boleh beli beberapa buah bot dan sewakan pula bot kepada nelayan yang lain. Tak lama lepas tu, awak boleh buka kilang ikan dan boleh ada produk ikan awak sendiri. Lepas tu, awak boleh cari pekerja yang boleh uruskan kilang awak tu. Awak boleh jadi jutawan. Hidup senang, dan tak payah kerja lagi sepanjang hidup awak.

Nelayan: Lepas tu, apa yang saya boleh buat?

Usahawan(tanpa lengah, dan penuh bersemangat): Lepas tu awak duduk kat kampung, tidur lewat tiap hari, main dengan anak-anak, pergi bersiar-siar selalu, menyanyi dan bersantai dengan kawan-kawan kat kedai kopi..


Hehehe.. moral of the story.. Kekadang kita ni terlalu sangat nak kejar "kejayaan" sampai kita lupa apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup kita ni. Sebagai renungan bersama.



*p/s: watak & lokasi mungkin tak sama dengan cerita asal, tapi moral of the story tu lebih kurang sama la..


Credit:Ernie J. Zelinski

No comments: