06 December 2012

Bagaimana Sistem Kewangan Merompak Kekayaan Kita

Tahukah anda, 
Wang tunai (termasuk duit syiling dan kertas) yang kita bawa ke mana-mana hari ini sebenarnya merompak kita secara senyap?

Wang tunai, atau lebih tepat lagi dikenali sebagai wang fiat merupakan matawang kepada negara tertentu dan hanya boleh digunakan dengan kebenaran atau pengesahan kerajaan tersebut (atau lebih tepat bank pusat di negara tersebut). (Contoh mudah : kita tak boleh beli barang di Singapura menggunakan RM)

Perhatikan ayat "Sah Diperakukan" pada wang kertas anda.

Berikut pula wang kertas yang sudah tidak ada nilai atas arahan bank pusat yang sama.



Secara umumnya, kita beranggapan bahawa "Bank Negara" merupakan sebuah agensi penuh dibawah kerajaan yang memerintah. Hakikatnya, ia merupakan "anak syarikat" kepada Bank Dunia. Siapa itu bank dunia, sila fikir-fikirkan.

Wang fiat boleh digunakan sebagai pembawa nilai dagangan (cth: RM1, RM5, RM10,RM50) hanya atas kepercayaan terhadap institusi/pihak berkuasa pada masa dan tempat tersebut. (cth: RM digunakan di Malaysia, USD di Amerika Syarikat). Sekiranya pihak berkuasa tersebut berkehendakan, nilai dagangan boleh terhapus. (cth: tiada syiling 1 sen dalam edaran masa ini. Akan datang, 5 sen pun akan dikeluarkan dari  edaran). Ini kerana wang fiat tidak bersandarkan pada apa-apa nilai, selain kepada kepercayaan tersebut.

Sebenarnya, tiada nilai atau amat sedikit nilai pada kertas itu sendiri. Tiada beza nyata dari segi nilai antara wang kertas RM10 dengan RM50, kecuali pada nombor yang dicetak diatasnya. Wang kertas yang koyak atau rosak juga tiada nilainya.

Berbalik kepada soalan di atas, 
Memandangkan wang tunai hanya bernilai di lokalitinya sendiri (RM hanya di Malaysia), cuba lihat senario ini.

Nasi Lemak (biasa) 
harga di Malaysia : RM2.50
harga di Singapura : S$2.50

Pada masyarakat setempat, harga adalah sama, iaitu dengan nilai [2.50]. Tapi bila kita terlibat dengan pertukaran matawang negara, S$1 adalah bersamaan sekitar RM2.40.  Ini bermakna, jika rakyat Singapura membeli Nasi Lemak di Malaysia, harga yang perlu dibayar hanyalah sekitar S$1.

Ini baru satu contoh mudah. Perdagangan antarabangsa Malaysia bernilai berbillion ringgit setahun, meliputi pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Satu lagi contoh, Ipad 2 dijual pada harga US$399 di Amerika Syarikat. Harga di Malaysia, RM1199. Sekitar 3 kali ganda lebih mahal jika dilihat pada nilai.

Cuba kita fikirkan, adakah ini bermakna gaji pekerja di Malaysia 3 kali lebih besar dari gaji pekerja di Amerika Syarikat?

Inflasi
Adakah anda rasa selamat jika tidak terlibat dengan pertukaran matawang? Anda mungkin tidak pernah dan tidak bercadang untuk ke luar negara, tidak juga membeli barangan dari luar negara. Dalam erti kata lain, tak ada kena mengena pun 'oversea-oversea' ni..

Tahukah anda, ekonomi kita sentiasa terjejas dengan inflasi? Inflasi secara mudahnya ialah di mana nilai wang kita semakin tersusut nilai setiap tahun. Inilah 'pencuri senyap' dan 'berlesen' yang sebenar. Satu lagi contoh mudah,

Ali suruh anaknya, Ahmad pergi ke kedai dan beli kepak ayam bakar. Ali beri Ahmad RM10. 
Ahmad pergi ke kedai dan beli, kemudian beri kepada Ali.

Ali marah kepada Ahmad. Katanya... "Mana pergi satu lagi kepak ayam bakar? Kenapa cuma empat. Kamu curi satu ya?"
Ahmad tak mengaku dan menafikan sekeras-kerasnya, walaupun terus didesak oleh Ali.

Dalam kes ini, kesan inflasi berlaku apabila harga kepak ayam bakar telah naik dari RM2 seketul kepada RM2.50 seketul. Pencuri sebenar ialah inflasi, bukan Ahmad.


Hakikatnya, sebagai pekerja, kita bekerja gigih mengumpul *nilai* yang kita boleh simpan dan gunakan untuk keperluan harian kita, masa kini dan masa akan datang. Masalahnya, adakah apa yang kita simpan sekarang akan mempunyai nilai yang sama pada masa akan datang?

Satu lagi contoh (last ni..), Hari ini harga sebuku roti sekitar RM2.40. Setelah habis belanja untuk keperluan harian kita hari ini, kita simpan duit (kata lah RM2.40) untuk keperluan masa depan.
Setahun berlalu.. Tiba-tiba kita sudah kehabisan wang. Kita teringat ada simpan duit (RM2.40) sebelum ini. Cukuplah untuk beli sebuku roti. Kita 'korek' tabung dan bawa duit ke kedai. Sampai di kedai, bila kita nak beli roti, kita tengok harga roti RM3.20. Sedang kita lapar dah tak ada duit lain, apa yang kita boleh buat waktu itu?

Harapan kita, wang yang kita simpan hari ini boleh digunakan pada nilai yang sama pada masa akan datang, ketika kita tak mampu lagi bekerja atau waktu kita benar-benar memerlukan wang. Tapi apa akan jadi jika pada waktu itu wang yang kita simpan tidak mempunyai nilai yang sepatutnya? Cuba kita renung-renungkan..


** Sekadar pandangan peribadi. Terbuka untuk sebarang komen.

1 comment:

Jahrudin Mohd Jais said...

Ketahui lebih lanjut bagaimana Emas boleh membantu kita keluar dari masalah kewangan di TabungKecilEmas.com