08 January 2013

cara pengiraan dividen asb


ASB merupakan antara pelaburan paling kukuh dan stabil di Malaysia. Paling unik, ia hanya untuk golongan bumiputera. Bukan bumiputera cuma boleh berangan je ada saham macam ASB ni. Tapi golongan bumiputera masih ramai yang tak rebut peluang ni. Apa pun, terpulang pada pandangan dan pendapat masing-masing la.

Biasa setiap awal tahun, berpusu-pusu orang ke pejabat ASNB, pejabat pos, dan bank-bank berkaitan untuk update dan ambil keluar dividen dan bonus ASB. Tapi macam mana ASB kira dividen? Sebenarnya, dividen ASB dikira berdasarkan baki terendah setiap bulan. Contoh dibawah boleh menunjukkan kaedah pengiraan dengan lebih jelas.

Jom kira,

Masuk
Keluar

Januari
500
100
Baki saham = RM500. Tapi dah keluarkan RM100 dalam bulan yang sama. Walaupun dan masuk balik RM100 sebelum akhir bulan, jumlah yang dikira untuk tujuan pembayaran dividen ialah RM400 (baki terendah bulan itu)
100

Februari
300

Baki dari bulan lepas = RM500. Tambah RM300. Baki semasa = RM800. Jumlah dikira untuk dividen = RM500
Mac


Tiada kemasukkan baru. jumlah kekal RM800 hingga akhir tahun
April


Mei


Jun


Julai


Ogos


September


Oktober


November


Disember



Andaikan dividen tahun tersebut ialah 7.5% maka cara pengiraan ialah;
Dividen = 7.5% * (baki minimum (jan+feb+mac+apr+mei+jun+jul+ogos+sept+okt+nov+dis)/12)
                =7.5% *((400+500+800+800+800+800+800+800+800+800+800+800)/12)
                =RM 55.63

Nampak macam susah sikit nak kira, tapi pihak ASNB dah ada sistem komputer yang tolong kira. Jadi, tak ada masalah punya. Bonus pula dikira berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun (120 bulan).

(p/s: pernah dapat bonus RM300++ walaupun balance dalam akaun ASB cuma tinggal RM30 je.)

03 January 2013

02 January 2013

ASNB Putrajaya - 2 Januari 2013


Ke sini hari ini, macam tahun-tahun lepas. Sejak awal pagi lagi, ramai dah join untuk sama-sama update buku ASB masing-masing. Kaunter buka jam 8.15 pagi. Kalau awal, sempatlah update sebelum sistem 'jammed' bila bank-bank seluruh Malaysia buka jam 9.15 pagi.

Alhamdullilah, rezeki dari teknik-teknik 'rahsia' yang tak berapa 'rahsia' sangat pun. Masih boleh menjana pendapatan sekitar 5 angka lagi.

Post Terdahulu : klik sini