30 July 2013

PNB SIF Matang Pada 5 Julai, AMB Tebus Jumlah Yang Dilabur Penuh

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd Structured Investment Fund (PNB SIF) mencapai tarikh matang pada 5 Julai, demikian menurut Amanah Mutual Bhd (AMB) hari ini.


AMB akan menebus jumlah dilabur penuh kepada pemegang unit berdasarkan kepada nilai aset bersih (NAV) akhir pada RM1.1205, kata AMB dalam satu kenyataan hari ini.

AMB merupakan subsidiari Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), manakala PNB merupakan pegangan utama AMB.

"Sehingga pada 30 Jun, dana berkenaan mencatatkan jumlah pulangan (5 tahun) sebanyak 29.75 peratus dengan pulangan tahunan sebanyak 5.35 peratus setahun.

"Semasa tempoh dana, PNB SIF mengumumkan agihan pendapatan bagi empat tahun bagi tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 dan jumlah agihan adalah 15.88 sen," kata AMB.

PNB SIF, dana tertutup akhir dengan tempoh lima tahun, dilancarkan pada 12 Mei, 2008, dengan nilai tara RM1.00. Ia merupakan dana aset bercampur dengan objektif pelaburan menyediakan peluang pelaburan yang menjana pertumbuhan dan pulangan munasabah bagi tempoh dana dengan usaha untuk menyediakan perlindungan modal kepada pemegang unit.

Tahun ini, sebelum PNB SIF, AMB Dana Aqeel-Capital Protected (AMBDAQ-CP) mencapai kematangan pada 3 Mei.

AMBDAQ-CP Fund bagi tiga tahun mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 11.98 peratus sejak permulaan dengan pulangan tahunan sebanyak 3.85 peratus sehingga pada 30 April.

-- BERNAMA

No comments: