14 August 2013

Laporan Percuma Menjana Pendapatan 5 Angka Setiap Bulan Di Internet

Asas Newbie Affiliate
oleh Razif Yusof

http://janawanginternet

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Anda boleh menjual produk fizikal, produk digital, ataupun perkhidmatan. Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, anda boleh memilih untuk mempromosi produk orang lain untuk dijual. Sekiranya produk tersebut terjual, anda akan menerima komisen untuk jualan tadi daripada pemilik produk tersebut.

Model bisnes internet ini dikenali sebagai affiliate. Hakikatnya, bisnes affiliate merupakan antara model yang menjadi pilihan ramai usahawan yang baru ataupun yang telah lama berkecimpung di dalam dunia bisnes internet.

Mari kita lihat apakah kelebihan seseorang itu menjalankan bisnes affiliate.



•Tidak perlukan produk sendiri – ini adalah ciri-ciri utama bisnes affiliate, iaitu anda tidak perlu bersusah payah mencipa produk fizikal ataupun digital, dan juga tidak memerlukan kemahiran khusus untuk ditawarkan.

•Tidak perlu membuat pembungkusan dan penghantaran – oleh kerana anda mempromosikan produk orang lain, anda tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu membuat pembungkusan dan menghantar kepada pembeli. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.

•Bantuan promosi daripada pemilik produk – lazimnya sesudah mendaftar dengan sesuatu program affiliate, anda akan mendapat laman web lengkap disertakan dengan link affiliate anda, bantuan promosi dan contoh kaedah promosi yang berkaitan.

•Tidak perlu hiraukan refund atau aduan dari pembeli – sekiranya ada di kalangan pembeli yang tidak berpuas hati dengan produk yang dibelinya, pembeli akan terus mengemukakan aduan kepada penjual, tanpa melalui anda sebagai ahli affiliate. Jadi anda tidak perlu risaukan sebarang tuntutan refund atau aduan pembeli.

•Boleh bermula serta-merta – sebaik mendaftar sebagai ahli affiliate, anda sudah boleh memulakan promosi produk atau perkhidmatan tersebut serta-merta tanpa perlu memikirkan kos domain dan hosting untuk laman web, autoresponder dan sebagainya. Ia cuma pilihan dan tidak wajib anda dapatkan.

•Anda tentukan kos promosi – oleh kerana anda perlu fokus kepada promosi sahaja, anda sendiri yang mengawal kos promosi. Anda boleh memilih untuk kos promosi percuma seperti blog, komen di forum dan juga media sosial. Sekiranya terdapat bajet khusus untuk bisnes affiliate anda, anda boleh memilih untuk membeli Facebook Ads, CPA ataupun lain-lain kaedah promosi berbayar.

Baiklah, bagaimanakah seseorang newbie boleh memulakan bisnes affiliate?

1. Pilih produk yang sesuai

Langkah pertama sudah tentu untuk memilih produk yang bersesuaian dengan keinginan anda sebagai ejen affiliate, dan pada masa yang sama mendapat permintaan yang baik daripada prospek pembeli. Anda boleh memilih untuk mempromosi produk evergreen seperti panduan buat duit di Internet, panduan memasak dan sebagainya. Anda juga boleh memilih niche tertentu seperti ebook kisah seram, kisah kanak-kanak dan sebagainya.

2. Jana trafik yang berkualiti

Seterusnya, anda boleh mulakan strategi untuk menjana trafik yang berkualiti ke laman web affiliate anda. Trafik yang berkualiti bermaksud target trafik adalah prospek yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan produk tersebut, dan mampu berbelanja untuk mendapatkannya. Untuk permulaan, anda boleh membiasakan diri untuk membangunkan laman web yang khusus untuk tujuan pemasaran emel sebelum pelawat-pelawat tersebut dihantar ke laman web affiliate. Secara tidak langsung, anda mula mengumpul senarai subscriber anda sendiri!

3. Bina kepercayaan pelanggan anda

Anda harus biasakan diri untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap anda. Ramai orang di luar sana yang enggan membeli melalui link affiliate kerana sangsi atau tidak percayakan ejen affiliate tersebut. Anda boleh berikan mereka maklumat dan informasi berkaitan produk sebelum melakukan promosi jualan kepada mereka.

4. Sentiasa berikan nilai lebih

Oleh kerana terdapat ramai ejen affiliate bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang sama, prospek akan sukar membuat keputusan untuk membeli menggunakan affiliate yang mana. Oleh sebab itu anda kena sentiasa berikan nilai lebih berbanding rakan-rakan affiliate yang lain. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan bonus sekiranya pelanggan membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.

5. Usaha secara konsisten

Akhir sekali, anda kena sentiasa berusaha mempromosi produk atau perkhidmatan yang konsisten. Hanya kerana satu kaedah promosi tidak berjaya, bukanlah bermaksud bisnes affiliate anda sudah berkubur. Sebaliknya anda tingkatkan lagi usaha untuk berjaya, dan ia mestilah dilakukan secara konsisten!

Itulah dia perkongsian ringkas perkara-perkara asas mengenai bisnes affiliate.
Semoga berjaya!

Jahrudin Mohd Jais

ps: Mahukan perkongsian percuma tentang bagaimana Top Affiliate #1 Malaysia buat 5 angka? Daftarkan nama dan email di http://janawanginternet


No comments: