16 September 2013

Hari Malaysia 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Sempena Hari Malaysia yang disambut hari ini, saya menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi ruang & peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini, seterusnya berkongsi pengalaman di alam maya ini.

2013, genap 50 tahun penubuhan Malaysia. Genap 56 tahun negara bebas dari pemerintahan asing. Tahun ini juga, genap 35 tahun saya diberi nikmat & rahmat kehidupan.

Sepanjang 35 tahun yang lalu, beberapa krisis ekonomi telah melanda dunia, sedikit sebanyak memberi kesan pada kehidupan kita. Satu teori ekonomi ada menyebut, krisis ekonomi dunia berlaku setiap 20 tahun sekali.

Sekitar 15 tahun lalu, Malaysia mencadangkan satu tindakan drastik bagi menangani krisis ekonomi yang melanda ketika itu. Walaupun tidak mendapat sokongan pakar ekonomi dunia, ternyata usaha itu mendatangkan kesan positif, seterusnya menjadikan Malaysia terus maju dan berkembang.

Pada ketika itu juga, saya menetapkan beberapa matlamat. Sebelum usia 35 tahun, saya mesti ada: 1. Rumah 2. Kereta 3. Ijazah 4. Isteri 5. Anak

Pada ketika itu, terlihat amat mustahil untuk mencapai mana-mana impian tersebut.

#Belajar pun fail. Tak tahu esok-esok nak kerja apa.. Ada ke orang nak ambil aku kerja.#

Pertama: Tetapkan matlamat (niat). Dengan kekuatan niat yang baik, segalanya mungkin.
Teruskan dengan doa yang konsisten,  usaha yang tak pernah kalah dengan kegagalan, diakhiri dengan tawakal. Alhamdulillah,  semua tercapai.

Pada usia Malaysia ke 50 ini, sampai masa kita semua untuk mencipta semula (reinvent) diri sendiri.  Sebagai contoh, tahun 2013 saya mula menyertai pemasaran internet (IM). Saya kongsikan panduan percuma di sini. http://juzdooit.com

Jom bersama saya merubah untuk diri & keluarga, lillahitaala.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Sekian.

Ikhlas,

Jahrudin Mohd Jais

Peminum tegar RGC
Penyimpan emas GCP

http://juzdooit.com
http://tabungkecilemas.com
http://iktikadcinta.blogspot.com

#ditulis menggunakan Samsung Galaxy Note II di Swiss Garden Resort Apartments Damai Laut, Perak.




No comments: