19 September 2018

SUAMI ISTERI KERJA. MASING-MASING, GAJI DAH BESAR. KENAPA SIBUK-SIBUK BUAT KERJA PART TIME LAGI??


Kadang-kadang, ada suara-suara yang berbisik di belakang telinga. Suara-suara yang kita tak tahu milik siapa. Masalahnya, kenapa tak tanya depan-depan? Kan Senang. Selamat kita dari dosa.

Perkongsian ini bukan nak cari salah sesiapa atau nak mempertahankan mana-mana pihak. Sekadar perkongsian pendapat.

Sedar atau tidak, semua orang punyai masalah tersendiri. Mungkin seseorang itu berpendapatan agak lumayan. Tapi sedarkah anda, lagi besar periuk, lagi besar keraknya. Maka, bagi seorang yang punyai pendapatan agak tinggi, mungkin tanggungannya juga besar.

Bagi yang berpendapatan kurang, mungkin membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan serta membayar ansuran kereta RM200 sebulan sudah cukup besar nikmat.

Bagi yang berpendapatan lebih sedikit, mungkin dia telah terikat dengan komitmen bulanan yang lebih tinggi seperti bayaran ansuran bulanan rumah yang mencecah ribuan ringgit. Ansuran bulanan kereta yang juga mencecah ribuan ringgit.

Bagaimana pula tanggungan kos pendidikan anak-anak. Sudah tentu setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Percayalah, bagi yang ada anak seorang, ada cabarannya. Bagi yang anak tujuh orang, tentu cabarannya jauh berbeza.

Kadang-kala, manusia bersifat sangat prejudis. Orang tu, begaji besar. Tentu senang hidupnya, berbanding kita yang bergaji kecil. Tapi, betul ke keadaannya sentiasa begitu? Tanpa kita sedar, orang yang kita kata senang itu, ada masanya sebutir beras pun tiada di rumah. Tapi keadaan itu yang memaksa dan memberi semangat kepadanya untuk bangkit dan berusaha mencari rezeki yang tersebar di bumi ALLAH ini.

Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri, Find Your Own WHY. Cari SEBAB Anda Sendiri. Anda buat ini untuk APA dan untuk SIAPA. Teruskan usaha tanpa lelah selagi tak tercapai matlamat, walau berapa kali pun anda tersungkur. Ingat Janji ALLAH. Siapa yang berusaha, pasti akan berjaya akhirnya nanti.

Saya Doakan, semua yang membaca posting ini dikurniakan rezeki melimpah ruah oleh ALLAH, diberikan kesihatan yang sempurna, dikurniakan kejayaan Dunia dan Akhirat. Aamiin.

Terima kasih.

Jahrudin bin Mohd Jais
eRich Network
(p/s: jom usha sumber income saya yang keberapa entah.. :) --> bit.ly/tidoje)

16 September 2018