06 April 2019

Pengumuman hibah TH bagi tahun kewangan 2018

5 April 2019 : Tabung Haji mengumumkan hibah bagi tahun kewangan 2018. 

Jika diperhatikan, ini adalah hibah paling rendah yang pernah diberikan kepada 9.3 juta pendeposit, dalam sejarah.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, hal ini berikutan kelemahan pentadbiran pengurusan terdahulu. Proses penstrukturan semula kewangan TH selesai pada Disember 2018 menjadikan TH memiliki lebihan aset berjumlah RM1 billion berbanding pada tahun 2017, jumlah aset TH pada kadar defisit sebanyak RM4.1 billion.



Nota Taklimat Prestasi TH 2018


Rujuk:
1. NST